Popular Post

MANUSIA DAN CARA BERSOSIAL

Pada kali ini admin ingin berkongsi tentang perbezaan cara bersosial bagi setiap manusia. Admin memilih tajuk ini kerana mingggu lepas ada kawan admin yang mempertikaikan cari admin bersosial. Admin tidak mengambil kisah sangat tentang perkara tersebut walaubagaimanapun ia menjadi masalah besar setelah dia memaksa admin mengikut cara dia bersosial. Fasalah hidup admin adalah pantang dipaksa. Admin berasa kurang selesa dengan cara tersebut kerana ia dilihat tidak menghormati hak orang lain.

Pertama, admin ingin menyatakan admin bukan anti sosial seperti yang diungkapkan oleh kawan admin. Admin Cuma tidak suka terlampau bersosial dan admin hanya bersosial jika ia mempunyai kepentingan tertentu. Banyak perkara yang dapat dilakukan selain daripada bersosial sesama manusia. Admin seperti manusia biasa dimana berinteraksi dengan manusia, berbincang dan berhibur tetapi admin hanya malakukannya jika perlu.

Admin berpendapat cara bersosial yang salah dan tidak tepat bukan dapat menggembirakan hati tetapi dapat merosakkan lagi. Seperti yang kita tahu, bersosial merupakan cara manusia untuk menghiburkan hati mereka. Tetapi perlu diingat bahawa setiap manusia mempunyai cara bersosial yang tersendiri. Apa gunanya kita pergi berjumpa kawan dan lepak tetapi tidak gembira. Admin berpegang kepada fasafah hidup admin iaitu meletakan kegambiraan hati di tempat yang pertama.

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial merupakan cara untuk mendapatkan pengalaman. Admin mengakui bahawa kenyetaan itu betul tetapi bayak lagi cara untuk  menambah pengalaman. Sebagai contoh admin seorang yang suka explore tentang komputer. Jadi admin mahu bertanya mereka yang bersosial dan lepak bersama kawan-kawan mereka itu dapatkah pengalam explore tentang komputer seperti admin? Mudah sahaja jawapannya, iaitu TIDAK. Dari sini kita tahu bahawa setiap cara manusia bersosial mempunyai kelebihan tertentu!

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial dapat meningkatkan skill komunikasi. Tetapi admin ingin menyanggah kenyataan ini bahawa kerana kawan admin tidak mengenali admin secara dalam. Mungkin kerana dia terlampau banyak bersosial tanpa pernah memerhatikan admin. Admin berpendapat cara meningkatkan skill komunikasi dengan berbekalkan sifat yakin kepada diri sendiri. Admin bukan mahu berlagak tetapi admin mampu melakukan perbentangan tugas dengan baik walaupun admin kurang bersosial. Ini kerana admin telah mengsetkan dalam diri admin sikap yakin diri yang tinggi. Admin berpendapat bahawa “kita hanya mengawal satu jasad ini sahaja, jadi apa salahnya kita buat yang terbaik untuk jasad ini.”

Secara keseluruhannya, admin ingin menyaran kepada pembaca bahawa kita tidak boleh memaksa seseorang itu mengikut cara kita kerana tuan punya badan lebih tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Selain itu, admin mahu menyatakan bahawa bersosial perlulah adalah batasnya kerana ia merupakan jalan “terbaik” untuk diri kita terdedah kepada maksiat. Sekian terima kasih J


Jangan memandang mereka yang "skema" ini seperti mereka yang kurang skill komunikasi. Sedangkan mereka lebih baik daripada mereka yang biasa kerana ilmu pengetahuannya. *Admin bukan skema.... Hahaha

Mereka yang terlebih bersosial ini mempunyai peratusan yang tinggi untuk terlibat dalam masalh sosial.

Amalan merendakan seseorang merupakan satu penyakit yang bahaya.



Tag : ,

Mengapa dakwah masih tidak dapat di sebarkan?

Sejak beberapa hari yang lalu lagi admin ingin menulis artikel ini tetapi tidak berpeluang kerana kesuntukkan masa. Kali ini admin ingin bercerita tentang dakwah. Admin mengakui yang dakwah bukan berada dalam bidang admin tetapi admin mahu berkongsi tetang pengalaman admin. Beberapa hari yang lalu admin pergi ke sebuah taman syurga kerana kebetulan hari itu pihak masjid menganjurkan ceramah. Maka admin bertemu dengan seorang kawan admin yang boleh dikatakan "orang masjid".

Kawan admin pun tegurlah admin dengan ayat sindirnya kerana admin bukan selalu datang ke majlis ilmu. Kebetulan pula pada ketika itu majlis ilmu sangat menarik perhatian anak muda, dimana tajuk perbincangan majlis tersebut adalah "Ijazah Vs Surat Nikah". Maklumlah, admin ini remaja dan biasanya juga kalau para remaja mendengar tajuk ini pun akan tertarik. Okey kita kembali balik kepada kawan admin tadi. Tujuan admin menulis srtikel ini bukan kerana mahu menghina cara beliau tetapi ini sebagai pengajaran kepada pembaca.

Sebagai seorang muslim mereka adalah pendakwah dengan kata lain walaupun teruk mana sekalipun seseorang itu tetapi kalau dia orang Islam dia tetap pendakwah tetapi boleh dikategorikan sebagai pendakwah yang kurang ilmu. Mereka yang kurang ilmu ini kita kenalah tapis sikit mereka punya pendapat. Sebab itulah Islam menyuruh menuntut ilmu daripada orang yang berbeza supaya kita mendapat banyak ilmu.

Sebanarnya admin sangat sedih dengan teguran kawan admin kerana dia langsung tidak memberi semangat atau dorangan kepada admin. Sebelum ini pun pernah terjadi dimana admin memberitahu dia bahawa tahun lepas admin banyak bersolat Zuhur di masjid tetapi tahun ini jadual admin sangat padat. Tetapi dia terus menyindir admin dan membandingkan dirinya dengan admin. Kalau anda yang malalui kaedaan ini mesti anda akan berasa sedih sama seperti admin. Bukan admin tidak mahu pergi tetapi seperti yang admin katakan tadi bahawa jadual admin sangat pada dan admin masih melakukan solat Zuhur walaupun bukan di Masjid.

Setelah admin melihat sikap kawan admin ini, admin berpendapat cara beliau menyampaikan dakwah adalah salah. Cara Nabi Muhammad menyampaikan dakwah adalah dengan penuh pengajaran bukannya sindiran. Admin pernah bertanya tentang, kenapa admin sukar untuk pergi solat Zohur pada tahun ini kepada seorang lagi sahabat admin. Dan dia menjawab "mungkin masih tidak mendapat hidayah daripada Allah". Di sini admin ingin menegaskan bahawa admin bukan mahu menggunakan alasan hidayah untuk melindungi diri tetapi ia adalah satu jawapan yang tepat bagi admin. Malah jawapan ini bukan saja tidak menyakitkan hati orang lain dan ia banyak membantu admin.

Insya-Allah berkat jawapan tersebut admin sudah mula kembali ke masjid untuk melakukan solat Zohur walaupun sibuk. Admin berpendapat cara dakwah yang betul mampu mendorang manusia kepada arah yang lebih baik. Kadang kala, walau tinggi mana ilmu yang di milki tetapi kita tidak menggunakan dengan cara yang betul belum tentu ilmu itu sempurna. Kadang kala juga, cara penyampaian dakwah yang salah bukan hanya menyebabkan ilmu dakwah tidak dapat disampaikan tetapi ia menyebabkan Islam ini semakin jauh di sudut hati mereka yang baru mula mahu berubah.

 Orang yang berilmu tinggi belum tentu mampu menyebarkan dakwah.

Al-Quran merupakan sumber rujukan bagi pendakwah.
Tag : ,

Apakah perbezaan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia?



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pendedahan rahsia kerajaan oleh seorang warga Amerika, Edward Snowden. Dalam pendedahan itu, beliau mendedahkan bahawa Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia di negara Indonesia, Malaysia dan negara-negara pasifik untuk mendapatkan maklumat rahsia kerajaan. Pendedahan beliau jelas memberi tamparan hebat kepada kerajaan Amerika Syarikat. Bagi Negara-negara yang terlibat pula, ia jelas merenggangkan hubuangan diplomatik di antara mereka. Pendedahan ini juga banyak membongkar tentang semangat patriotik antara negara-negara yang terlibat seperti Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan pemerhatiaan yang saya lakukan terhadap rakyat negara-negara yang terlibat, ia jelas mempunyai perbezaan yang tertentu. 



Pertamanya, saya ini membincangkan tentang perbezaan semangat patriotik di antara rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia. Semangat patriotik dalam kalangan rakyat Indonesia memang tidak boleh dinafikan. Situasi ini dapat diperlihatkan, sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun melakukan demonstrasi dalam mengecam tindakan Australia dalam mengcampuri hal urusan negara mereka. Situasi ini berbeza pula dengan keadaan di Malaysia, di mana rakyatnya hanya menganggap hal ini urusan kerajaan dan mereka tidak perlu bimbang megenainya. Jika ada sekipun hanya kumpulan-kumpulan kecil sahaja. Apakah yang mendorang rakyat Indonesia bersifat patriotik berbanding rakyat Malaysia? Saya berpendapat jawapan yang paling tepat adalah latar sejarah negara masing-masing.

Sejarah merupakan faktor yang terpenting dalam menilai sifat sesebuah bangsa itu. Jika dilihat kembali sejarah kemerdakaan rakyat Indonesia mereka telah bermandikan darah dalam membebaskan negara mereka dari cengkaman Belanda. Hal ini jelas mempengaruhi minda rakyat Indonesia bahawa nilai kemerdekaan yang sebenar adalah pengorbanan nenek moyang mereka. Jika di Malaysia pula, rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan dengan sifat toleransi antara pemimpin tempatan dan British. Kemerdakaan tanpa pertumpahan darah yang dimiliki oleh Malaysia ini menyebabkan majoriti rakyat Malaysia tidak mengerti maksud sejarah yang sebenar.  Saya sangat tertarik dengan pengakuan seorang rakyat Malaysia di dalam Facebook bahawa beliau sangat bangga menjadi rakyat Malaysia tetapi beliau menulis status berkenaan dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya berfikir dua kali adalah beliau dianggap seorang yang patriotik sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malysia. Walau bagaimanapun, saya tidak kata bahwa kemerdekaan tanpa berperang dianggap tidak mempunyai kebaikan kerana di sebalik memperoleh kemerdekaan melalui perbincangan ia dapat membantu menonjolkan bangsa tersebut merupakan bangsa yang mengcintai keamanan .

Kesimpulannya, perbezaan yang ketara diantara rakyat Indonesia dan Malaysia adalah sifat patriotik mereka terhadap negara mereka. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mengcontohi amalan mereka kerana yang baik di teladan yang buruk dijadikan sempadan. Sampai di sini sahaja pandangan saya pada kali ini, sekian terima kasih.

 Sebahagian rakyat Indonesia membatah pengintipan Australia terhadap Indonesia.

 Demontrasi di Malaysia sepatutnya bukan hanya bersifat politik tetapi patriotik.

 Berjayakah bangsa Malaysia tanpa mempunyai sifat patriotik?
Tag : ,

Perlukah kita melonggarkan syarat kebebasan bersuara?

 


Demonstrasi merupakan salah satu pilihan orang ramai dalam menyatakan hak mereka.

Pada artikel kali ini saya ingin mengutarakan hal kebebasan bersuara. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak di seluruh dunia meminta hak kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan menuntut sesuatu yang berlandaskan hak manusia. Kebebasan manusia sememangnya penting untuk menjamin selesaan seorang individu atau kumpulan. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan segelintir pihak yang menutut kebebasan yang tidak masuk akal seperti kebebasan hubungan sejenis serta kebebasan yang menganggu ketenteraman majoriti pihak.

Pertama sekali saya ingin menyatakan pendapat saya tentang kebebasan melakukan hubungan sejenis. Mereka yang menuntut kebenasan sedemikian di lihat sebagai golongan yang terdesak untuk menzahirkan nafsu songsang mereka di khalayak masyarat. Mereka sebenarnya mahukan perbuatan mereka serta kumpulan mereka diiktiraf oleh masyakat. Mereka menyatakan kononya mereka ditindas tanpa mendapat hak yang selayaknyanya. Tetapi mereka lupa akan hak Allah terhadap diri mereka. Jika kita mengimbas kembali sejarah kehidupan manusia pada zaman Nabi Luth, perbuatan songsang inilah yang menyebabkan mereka dibinasakan oleh tuhan.

Kebebasan bersuara juga menarik perhatian saya untuk memberi satu contoh. Apakah pandangan anda jika terdapat seorang pembunuh yang membunuh mangsanya mneyatakan dia mempunyai kebebasan untuk membunuh sesiapa sahaja yang dikehendaki olehnya? Sudah tentu kita akan berkeras membantah haknya kerana ia dilihat tidak relevan kerana mangsanya juga berhak untuk hidup dengan aman. Situasi ini jelas menunjukkan bahwa setiap hak kebebasan bersuara menpunyai had. Contoh lain yang dapat dilihat ialah Hak tuhan terhadap hambanya. Apakah hak anda untuk tidak menghormati atau menuruti perintah tuhan sedangkan Dialah yang mengcipta kita. Telah tertulis di dalam kitab Al-Quran bahwa perbuatan seperti hubungan songsang di tegah oleh Allah, jadi sebagai hambanya kita mestilah menuruti perintahnya kerana Dia mempunyai hak terhadap diri kita. Sekali lagi ia jelas menunjukkan kebebasan menuntut melakukan hubungan sejenis untuk diberi hak adalah tidak releven sama sekali.

Secara keseluruhannya, manusia sememangnya mempunyai hak untuk melakukan apa-apa sahaja tetapi mereka mempunyai had tertentu sepaya tidak menganggu hak orang lain disamping hak tuhan terhadap mereka. Oleh hal yang sedemikian saya berharap kerajaan Malaysia akan berhati-hati dengan golongan pendesak ini kerana mereka boleh diklasifikasikan sebagai penyakit masyarakat. Cuba anda bayangkan jika hak bebasan bersuara tidak di kawal, sudah tentu rosak nasab keturunan anak cucu adam. Sampai di sini sahaja pendapat saya pada kali ini. Sekian terima kasih.



 Jika kumpulan LGBT menutut hak merek, bagaimana pula dengan hak kumpulan Anti-LGBT?
 Benarkah mereka mempunyai hak seperti pasangan yang normal?
Tag : ,

Mengapakah 'Bunk Not Dead' kurang mendapat sambutan?




Pada kali ini admin ingin berkongsi pendapat tentang indie band yang terkenal di Malaysia iaitu Bunkface. Bunkface yang dianggotai oleh tiga orang anak muda iaitu Sam, Youk dan Paan. Mereka terkenal dengan lagu ‘Situasi’ dan ‘Revolusi’. Walaubagaimanapun, populariti band ini semakin berkurang selepas mereka menghasilkan album yang ketiga mereka, Bunk Not Dead. Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Pada pendapat saya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan album ketiga mereka kurang mendapat sambutan.

Antara punca album ketiga mereka kurang mendapat sambutan adalah kerana mereka mengetengahkan muzik yang lebih keras berbanding album mereka sebelum ini. Kebanyakan lagu mereka seperti ‘Bunk Not Dead’,’Panik’, ‘Mr. DJ Took It Away’ menerapkan genre music yang lebih keras berbanding lagu-lagu mereka sebelum ini. Admin yakin, bunkface cuba mencari kelainan dalam menghasilkan album terbaru mereka tetapi mereka mesti ingat bahawa peminat di Malaysia berbeza dengan peminat muzik di negara-negara barat dimana mereka lebih terbuka.

Selain itu, kegagalan mereka dalam mempromosi lagu mereka sebelum mengasilkan album terbaru mereka dilihat sebagai faktor album ketiga mereka kurang mendapat sambutan. Mereka hanya mempromosikan lagu ‘Panik’ sebagai salah satu lagu dalam album mereka. Ditambah dengan kontroversi lagu ‘Panik’ dengan liriknya. Jika diimbas kembali semasa mereka menghasilkan album ‘Phobia Phoney’ mereka telah mempromosi banyak lagu sebelum menghasilkan sebuah album. Lagu seperti ‘Prom Queen’, ‘Situasi’,’Revolusi’ dan ’Extravaganza’ merupakan antara lagu yang dipromosikan oleh mereka sebelum mereka menghasilkan album ‘Phobia Phoney’.

Punca terakhir kegagalan mereka adalah pencampuran unsur politik dalam menghasilkan karya seni. Memang tidak dapat dinafikan seni itu bersifat universal tetapi mestilah mengikut kehendak peminat. Lihat sahaja kontoversi lagu ‘Panik’ ia sudah cukup membuatkan lagu mereka tidak di siarkan di siaran radio serta tv kerajaan. Admin berpendapat mereka mahu meniru gaya Green Day yang Berjaya menghasilkan album American Idiot. Album American Idiot menerapkan unsur politik yang terdapat di Amerika. Keseronokan mereka menghasilkan album ini tanpa mereka terlupa bahwa rakyat Malaysia masih belum sedia seperti rakyat di Negara Amerika yang lebih terbuka.

Kesimpulannya. Bunkface harus lebih berhati-hati sebelum mereka menghasilkan album kerana kos penghasilan Album bukannya seringit dua walaupun admin tahu bahwa mereka berhak melaburkan duit mereka untuk menghasilkan apa-apa album. Admin berharap juga Bunkface akan menghasilkan lagu yang lebih berkualiti di masa hadapan kerana Admin juga merupakan peminat Bunkface. Sekian terima kasih.

Kehebatan Album American Idiot memang tidak dapat dipertikaikan walaupun terdapat unsur yang kurang menyenangkan.


                              
 Dimanakah kelemahan Album Bunk Not Dead ini?


Relevenkah penguaan Helikopter Nuri pada abad ini?

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TeknologiNurisudahketinggalan/Article/

Artikel diatas betul-betul menarik perhatian admin untuk memberi pendapat mengenainya. Seperti yang kita ketahui bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memang popular dengan penggunaan helikopter Nuri. Walaubagaimanapun saya beranggapan helikopter Nuri telah ketinggalan zaman. Berdasarkan kajian saya tentang helikopter Nuri ini, ia telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1961. Tahun 1961 merupakan satu tempoh yang sangat lama jika dikira dengan jari.

Pada hemat saya, helikopter ini sudah usang atau lebih tepat lagi ketinggalan zaman. Helikopter ini lebih baik dimuziumkan untuk di buat kenangang. Kementerian Pertahanan perlu menganalisis keupayaan jentera ini untuk terus digunakan. Adakah ATM mahu menggunakan helikopter yang usang ini untuk mempertahankan tanah air yang tercinta ini. Saya bercadang kerajaan menimbangkan pendapat saya agar meningkatkan bajet tahunan untuk keselamatan negara. Tahukah anda Malaysia antara negara yang mempunyai kadar perbelanjaan ketenteraan yang rendah? Adalah tidak releven untuk kerajaan Malaysia mengambil ringan tentang keselamatan negara walaupun negara kita aman.

Intihannya, kerajaan Malaysia harus membuka mata mereka untuk melihat kebolehan helikopter ini untuk terus berjuang. Malaysia disarankan membeli helikopter tempur yang lebih canggih seperti Kamaloy Ka, Kazan Ansat buatan Russia atau Apache,Sikorsky UH-60 Black Hawk yang lebih berteknologi terkini. Admin bukan mahu merendah-rendahkan martabat ATM tetapi mahu menbantu ATM untuk menjadi tetera yang dihormati dan disegani di dunia.

Sekian terima kasih.

 
Tag : ,

- Copyright © Malaysian Eulogy - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -