- Back to Home »
- Umum »
- Perlukah kita melonggarkan syarat kebebasan bersuara?
December 26, 2013

Demonstrasi merupakan salah satu pilihan orang ramai dalam menyatakan hak mereka.
Pada artikel kali ini saya ingin mengutarakan hal kebebasan
bersuara. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak di seluruh dunia meminta hak
kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan menuntut sesuatu
yang berlandaskan hak manusia. Kebebasan manusia sememangnya penting untuk
menjamin selesaan seorang individu atau kumpulan. Walau bagaimanapun, dunia
kini menyaksikan segelintir pihak yang menutut kebebasan yang tidak masuk akal
seperti kebebasan hubungan sejenis serta kebebasan yang menganggu ketenteraman majoriti
pihak.
Pertama sekali saya ingin menyatakan pendapat saya tentang
kebebasan melakukan hubungan sejenis. Mereka yang menuntut kebenasan sedemikian
di lihat sebagai golongan yang terdesak untuk menzahirkan nafsu songsang mereka
di khalayak masyarat. Mereka sebenarnya mahukan perbuatan mereka serta kumpulan
mereka diiktiraf oleh masyakat. Mereka menyatakan kononya mereka ditindas tanpa
mendapat hak yang selayaknyanya. Tetapi mereka lupa akan hak Allah terhadap
diri mereka. Jika kita mengimbas kembali sejarah kehidupan manusia pada zaman
Nabi Luth, perbuatan songsang inilah yang menyebabkan mereka dibinasakan oleh
tuhan.
Kebebasan bersuara juga menarik perhatian saya untuk memberi
satu contoh. Apakah pandangan anda jika terdapat seorang pembunuh yang membunuh
mangsanya mneyatakan dia mempunyai kebebasan untuk membunuh sesiapa sahaja yang
dikehendaki olehnya? Sudah tentu kita akan berkeras membantah haknya kerana ia
dilihat tidak relevan kerana mangsanya juga berhak untuk hidup dengan aman.
Situasi ini jelas menunjukkan bahwa setiap hak kebebasan bersuara menpunyai
had. Contoh lain yang dapat dilihat ialah Hak tuhan terhadap hambanya. Apakah
hak anda untuk tidak menghormati atau menuruti perintah tuhan sedangkan Dialah
yang mengcipta kita. Telah tertulis di dalam kitab Al-Quran bahwa perbuatan
seperti hubungan songsang di tegah oleh Allah, jadi sebagai hambanya kita
mestilah menuruti perintahnya kerana Dia mempunyai hak terhadap diri kita. Sekali
lagi ia jelas menunjukkan kebebasan menuntut melakukan hubungan sejenis untuk
diberi hak adalah tidak releven sama sekali.
Secara keseluruhannya, manusia sememangnya mempunyai hak
untuk melakukan apa-apa sahaja tetapi mereka mempunyai had tertentu sepaya
tidak menganggu hak orang lain disamping hak tuhan terhadap mereka. Oleh hal
yang sedemikian saya berharap kerajaan Malaysia akan berhati-hati dengan golongan
pendesak ini kerana mereka boleh diklasifikasikan sebagai penyakit masyarakat. Cuba
anda bayangkan jika hak bebasan bersuara tidak di kawal, sudah tentu rosak
nasab keturunan anak cucu adam. Sampai di sini sahaja pendapat saya pada kali
ini. Sekian terima kasih.
Benarkah mereka mempunyai hak seperti pasangan yang normal?

