- Back to Home »
- Mengapakah 'Bunk Not Dead' kurang mendapat sambutan?
December 26, 2013
Pada kali ini admin ingin berkongsi pendapat tentang indie
band yang terkenal di Malaysia iaitu Bunkface. Bunkface yang dianggotai oleh
tiga orang anak muda iaitu Sam, Youk dan Paan. Mereka terkenal dengan lagu ‘Situasi’
dan ‘Revolusi’. Walaubagaimanapun, populariti band ini semakin berkurang
selepas mereka menghasilkan album yang ketiga mereka, Bunk Not Dead.
Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Pada pendapat saya terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan album ketiga mereka kurang mendapat sambutan.
Antara punca album ketiga mereka kurang mendapat sambutan
adalah kerana mereka mengetengahkan muzik yang lebih keras berbanding album
mereka sebelum ini. Kebanyakan lagu mereka seperti ‘Bunk Not Dead’,’Panik’, ‘Mr.
DJ Took It Away’ menerapkan genre music yang lebih keras berbanding lagu-lagu
mereka sebelum ini. Admin yakin, bunkface cuba mencari kelainan dalam
menghasilkan album terbaru mereka tetapi mereka mesti ingat bahawa peminat di
Malaysia berbeza dengan peminat muzik di negara-negara barat dimana mereka
lebih terbuka.
Selain itu, kegagalan mereka dalam mempromosi lagu mereka
sebelum mengasilkan album terbaru mereka dilihat sebagai faktor album ketiga
mereka kurang mendapat sambutan. Mereka hanya mempromosikan lagu ‘Panik’
sebagai salah satu lagu dalam album mereka. Ditambah dengan kontroversi lagu ‘Panik’
dengan liriknya. Jika diimbas kembali semasa mereka menghasilkan album ‘Phobia
Phoney’ mereka telah mempromosi banyak lagu sebelum menghasilkan sebuah album.
Lagu seperti ‘Prom Queen’, ‘Situasi’,’Revolusi’ dan ’Extravaganza’ merupakan
antara lagu yang dipromosikan oleh mereka sebelum mereka menghasilkan album ‘Phobia
Phoney’.
Punca terakhir kegagalan mereka adalah pencampuran unsur
politik dalam menghasilkan karya seni. Memang tidak dapat dinafikan seni itu
bersifat universal tetapi mestilah mengikut kehendak peminat. Lihat sahaja
kontoversi lagu ‘Panik’ ia sudah cukup membuatkan lagu mereka tidak di siarkan
di siaran radio serta tv kerajaan. Admin berpendapat mereka mahu meniru gaya
Green Day yang Berjaya menghasilkan album American Idiot. Album American Idiot
menerapkan unsur politik yang terdapat di Amerika. Keseronokan mereka
menghasilkan album ini tanpa mereka terlupa bahwa rakyat Malaysia masih belum
sedia seperti rakyat di Negara Amerika yang lebih terbuka.
Kesimpulannya. Bunkface harus lebih berhati-hati sebelum
mereka menghasilkan album kerana kos penghasilan Album bukannya seringit dua
walaupun admin tahu bahwa mereka berhak melaburkan duit mereka untuk
menghasilkan apa-apa album. Admin berharap juga Bunkface akan menghasilkan lagu
yang lebih berkualiti di masa hadapan kerana Admin juga merupakan peminat
Bunkface. Sekian terima kasih.
Kehebatan Album American Idiot memang tidak dapat dipertikaikan walaupun terdapat unsur yang kurang menyenangkan.
Dimanakah kelemahan Album Bunk Not Dead ini?


