Popular Post

December 28, 2013



Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pendedahan rahsia kerajaan oleh seorang warga Amerika, Edward Snowden. Dalam pendedahan itu, beliau mendedahkan bahawa Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia di negara Indonesia, Malaysia dan negara-negara pasifik untuk mendapatkan maklumat rahsia kerajaan. Pendedahan beliau jelas memberi tamparan hebat kepada kerajaan Amerika Syarikat. Bagi Negara-negara yang terlibat pula, ia jelas merenggangkan hubuangan diplomatik di antara mereka. Pendedahan ini juga banyak membongkar tentang semangat patriotik antara negara-negara yang terlibat seperti Indonesia dan Malaysia. Berdasarkan pemerhatiaan yang saya lakukan terhadap rakyat negara-negara yang terlibat, ia jelas mempunyai perbezaan yang tertentu. 



Pertamanya, saya ini membincangkan tentang perbezaan semangat patriotik di antara rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia. Semangat patriotik dalam kalangan rakyat Indonesia memang tidak boleh dinafikan. Situasi ini dapat diperlihatkan, sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun melakukan demonstrasi dalam mengecam tindakan Australia dalam mengcampuri hal urusan negara mereka. Situasi ini berbeza pula dengan keadaan di Malaysia, di mana rakyatnya hanya menganggap hal ini urusan kerajaan dan mereka tidak perlu bimbang megenainya. Jika ada sekipun hanya kumpulan-kumpulan kecil sahaja. Apakah yang mendorang rakyat Indonesia bersifat patriotik berbanding rakyat Malaysia? Saya berpendapat jawapan yang paling tepat adalah latar sejarah negara masing-masing.

Sejarah merupakan faktor yang terpenting dalam menilai sifat sesebuah bangsa itu. Jika dilihat kembali sejarah kemerdakaan rakyat Indonesia mereka telah bermandikan darah dalam membebaskan negara mereka dari cengkaman Belanda. Hal ini jelas mempengaruhi minda rakyat Indonesia bahawa nilai kemerdekaan yang sebenar adalah pengorbanan nenek moyang mereka. Jika di Malaysia pula, rakyat Malaysia mendapat kemerdekaan dengan sifat toleransi antara pemimpin tempatan dan British. Kemerdakaan tanpa pertumpahan darah yang dimiliki oleh Malaysia ini menyebabkan majoriti rakyat Malaysia tidak mengerti maksud sejarah yang sebenar.  Saya sangat tertarik dengan pengakuan seorang rakyat Malaysia di dalam Facebook bahawa beliau sangat bangga menjadi rakyat Malaysia tetapi beliau menulis status berkenaan dalam bahasa Inggeris. Jadi, saya berfikir dua kali adalah beliau dianggap seorang yang patriotik sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malysia. Walau bagaimanapun, saya tidak kata bahwa kemerdekaan tanpa berperang dianggap tidak mempunyai kebaikan kerana di sebalik memperoleh kemerdekaan melalui perbincangan ia dapat membantu menonjolkan bangsa tersebut merupakan bangsa yang mengcintai keamanan .

Kesimpulannya, perbezaan yang ketara diantara rakyat Indonesia dan Malaysia adalah sifat patriotik mereka terhadap negara mereka. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mengcontohi amalan mereka kerana yang baik di teladan yang buruk dijadikan sempadan. Sampai di sini sahaja pandangan saya pada kali ini, sekian terima kasih.

 Sebahagian rakyat Indonesia membatah pengintipan Australia terhadap Indonesia.

 Demontrasi di Malaysia sepatutnya bukan hanya bersifat politik tetapi patriotik.

 Berjayakah bangsa Malaysia tanpa mempunyai sifat patriotik?

{ 1 comments... read them below or add one }

- Copyright © Malaysian Eulogy - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -