Popular Post

April 5, 2014

Pada kali ini admin ingin berkongsi tentang perbezaan cara bersosial bagi setiap manusia. Admin memilih tajuk ini kerana mingggu lepas ada kawan admin yang mempertikaikan cari admin bersosial. Admin tidak mengambil kisah sangat tentang perkara tersebut walaubagaimanapun ia menjadi masalah besar setelah dia memaksa admin mengikut cara dia bersosial. Fasalah hidup admin adalah pantang dipaksa. Admin berasa kurang selesa dengan cara tersebut kerana ia dilihat tidak menghormati hak orang lain.

Pertama, admin ingin menyatakan admin bukan anti sosial seperti yang diungkapkan oleh kawan admin. Admin Cuma tidak suka terlampau bersosial dan admin hanya bersosial jika ia mempunyai kepentingan tertentu. Banyak perkara yang dapat dilakukan selain daripada bersosial sesama manusia. Admin seperti manusia biasa dimana berinteraksi dengan manusia, berbincang dan berhibur tetapi admin hanya malakukannya jika perlu.

Admin berpendapat cara bersosial yang salah dan tidak tepat bukan dapat menggembirakan hati tetapi dapat merosakkan lagi. Seperti yang kita tahu, bersosial merupakan cara manusia untuk menghiburkan hati mereka. Tetapi perlu diingat bahawa setiap manusia mempunyai cara bersosial yang tersendiri. Apa gunanya kita pergi berjumpa kawan dan lepak tetapi tidak gembira. Admin berpegang kepada fasafah hidup admin iaitu meletakan kegambiraan hati di tempat yang pertama.

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial merupakan cara untuk mendapatkan pengalaman. Admin mengakui bahawa kenyetaan itu betul tetapi bayak lagi cara untuk  menambah pengalaman. Sebagai contoh admin seorang yang suka explore tentang komputer. Jadi admin mahu bertanya mereka yang bersosial dan lepak bersama kawan-kawan mereka itu dapatkah pengalam explore tentang komputer seperti admin? Mudah sahaja jawapannya, iaitu TIDAK. Dari sini kita tahu bahawa setiap cara manusia bersosial mempunyai kelebihan tertentu!

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial dapat meningkatkan skill komunikasi. Tetapi admin ingin menyanggah kenyataan ini bahawa kerana kawan admin tidak mengenali admin secara dalam. Mungkin kerana dia terlampau banyak bersosial tanpa pernah memerhatikan admin. Admin berpendapat cara meningkatkan skill komunikasi dengan berbekalkan sifat yakin kepada diri sendiri. Admin bukan mahu berlagak tetapi admin mampu melakukan perbentangan tugas dengan baik walaupun admin kurang bersosial. Ini kerana admin telah mengsetkan dalam diri admin sikap yakin diri yang tinggi. Admin berpendapat bahawa “kita hanya mengawal satu jasad ini sahaja, jadi apa salahnya kita buat yang terbaik untuk jasad ini.”

Secara keseluruhannya, admin ingin menyaran kepada pembaca bahawa kita tidak boleh memaksa seseorang itu mengikut cara kita kerana tuan punya badan lebih tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Selain itu, admin mahu menyatakan bahawa bersosial perlulah adalah batasnya kerana ia merupakan jalan “terbaik” untuk diri kita terdedah kepada maksiat. Sekian terima kasih J


Jangan memandang mereka yang "skema" ini seperti mereka yang kurang skill komunikasi. Sedangkan mereka lebih baik daripada mereka yang biasa kerana ilmu pengetahuannya. *Admin bukan skema.... Hahaha

Mereka yang terlebih bersosial ini mempunyai peratusan yang tinggi untuk terlibat dalam masalh sosial.

Amalan merendakan seseorang merupakan satu penyakit yang bahaya.



Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Malaysian Eulogy - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -