Popular Post

Showing posts with label Umum. Show all posts

SENARAI MANUSIA PALING BERPENGARUH SEPANJANG ZAMAN

BUKU yang paling menjadi bacaan di seluruh dunia, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. (Terbitan New York: Carol Publishing Group/Citadel Press) karya Michael H. Hart yang diterbitkan pada 1978.
Buku ini menyenaraikan senarai 100 manusia paling berpengaruh di dunia:

1 Nabi Muhammad SAW

2 Isaac Newton

3 Nabi Isa

4 Buddha

5 Confucius

6 Saint Paul

7 Tsai Lun

8 Johan Gutemberg

9 Chirstopher Columbus

10 Albert Einstein

11 Karl Marx

12 Louis Pasteur

13 Galileo Galilei

14 Aristoteles

15 V.I. Lenin

16 Nabi Musa

17 Charles Darwin

18 Chin Huang Ti

19 Agustus Caesar

20 Mao Tse-tung

21 Genghis Khan

22 Euclid

23 Martin Luther

24 Nicolas Copernicus

25 James Watt

26 Constantine the Great

27 George Washington

28 Michael Faraday

29 James Clerk Maxwell

30 Orville dan Wilbur Wright

31 Antoine Laurent Lavoisier

32 Sigmund Freud

33 Iskandar Zulkarnaen

34 Napoleon Bonaparte

35 Adolf Hitler

36 William Shakespeare

37 Adam Smith

38 Thomas Edison

39 Anton van Leuwenhoek

40 Plato

41 Gugleilmo Marconi

42 Ludwig van Beethoven

43 Werner Heisenberg

44 Alexander G. Bell

45 Alexander Fleming

46 Simon Bolivar

47 Oliver Cromwell

48 John Locke

49 Michelangelo

50 Paus Urban II

51 Umar bin Khatab

52 Asoka

53 Sain Augustine

54 Max Planck

55 John Calvin

56 William Morton

57 William Harvey

58 Antoine Becquerel

59 Greger Mendel

60 Joseph Lister

61 Nicholas August Otto

62 Louis Daguerre

63 Joseph Stalin

64 Rene Descartes

65 Julius Caesar

66 Francisco Pizarro

67 Hernando Cortes

68 Ratu Isabella I

69 William the Congqueror

70 Thomas Jefferson

71 Jean Jasques Rousseau

72 Edward Jenner

73 Wilhelm Rontgen

74 Johan Sebastian Bach

75 Lau-tzu

76 Enrico Perni

77 Thomas Maltus

78 Francis Bacon

79 Voltaire

80 John F. Kennedy

81 Gregory Pincus

82 Sui Wen Ti

83 Mani (Manes)

84 Vasco da Gama

85 Charlemagne

86 Cyrys the Great

87 Leonard Euler

88 Nicollo Machiavelli

89 Zoroaster

90 Menes

91 Peter the Great

92 Mencius

93 John Dalton

94 Homer

95 Ratu Elizabeth I

96 Justinian I

97 Johannes Kepler

98 Pablo Picasso

99 Mahavira

100 Niels Bohr.

Alasan Hart memilih Nabi Muhammad S.A.W di tangga pertama ialah:

"Saya memilih Muhammad bagi mengetuai senarai manusia yang paling berpengaruh dalam sejarah mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain.

"Akan tetapi Baginda merupakan satu-satunya dalam sejarah dunia yang mencapai kejayaan yang paling gemilang yang tidak sahaja dalam agama malah di peringkat sekular (dunia)," kata Hart.

Jika Hart mampu mengenali Rasulullah sebegini dekat, bermakna penulis buku ini begitu mengkaji seluruh sejarah riwayat hidup sehingga kewafatan Baginda.


Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah manusia yang teragung selamanya dan mampu memberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak.
Marilah sama-sama kita berselawat ke atas jujungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W


Isaac Newton menduduki tempat kedua selepas Nabi Muhammah S.A.W


Kerjaya Albert Einstein sebagai saintis termuka menjadikan beliau tersenarai dalam 10 orang yang berpengaruh.


Walaupun membawa ideologi yang kurang baik* tetapi Karl Marx mampu menjadikan dirinya orang nombor 11 yang berpengaruh


*Sebenarnya Admin tak tahu nak terangkan ideologi beliau :)
Tag : ,

MANUSIA DAN CARA BERSOSIAL

Pada kali ini admin ingin berkongsi tentang perbezaan cara bersosial bagi setiap manusia. Admin memilih tajuk ini kerana mingggu lepas ada kawan admin yang mempertikaikan cari admin bersosial. Admin tidak mengambil kisah sangat tentang perkara tersebut walaubagaimanapun ia menjadi masalah besar setelah dia memaksa admin mengikut cara dia bersosial. Fasalah hidup admin adalah pantang dipaksa. Admin berasa kurang selesa dengan cara tersebut kerana ia dilihat tidak menghormati hak orang lain.

Pertama, admin ingin menyatakan admin bukan anti sosial seperti yang diungkapkan oleh kawan admin. Admin Cuma tidak suka terlampau bersosial dan admin hanya bersosial jika ia mempunyai kepentingan tertentu. Banyak perkara yang dapat dilakukan selain daripada bersosial sesama manusia. Admin seperti manusia biasa dimana berinteraksi dengan manusia, berbincang dan berhibur tetapi admin hanya malakukannya jika perlu.

Admin berpendapat cara bersosial yang salah dan tidak tepat bukan dapat menggembirakan hati tetapi dapat merosakkan lagi. Seperti yang kita tahu, bersosial merupakan cara manusia untuk menghiburkan hati mereka. Tetapi perlu diingat bahawa setiap manusia mempunyai cara bersosial yang tersendiri. Apa gunanya kita pergi berjumpa kawan dan lepak tetapi tidak gembira. Admin berpegang kepada fasafah hidup admin iaitu meletakan kegambiraan hati di tempat yang pertama.

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial merupakan cara untuk mendapatkan pengalaman. Admin mengakui bahawa kenyetaan itu betul tetapi bayak lagi cara untuk  menambah pengalaman. Sebagai contoh admin seorang yang suka explore tentang komputer. Jadi admin mahu bertanya mereka yang bersosial dan lepak bersama kawan-kawan mereka itu dapatkah pengalam explore tentang komputer seperti admin? Mudah sahaja jawapannya, iaitu TIDAK. Dari sini kita tahu bahawa setiap cara manusia bersosial mempunyai kelebihan tertentu!

Kawan admin menyatakan bahawa bersosial dapat meningkatkan skill komunikasi. Tetapi admin ingin menyanggah kenyataan ini bahawa kerana kawan admin tidak mengenali admin secara dalam. Mungkin kerana dia terlampau banyak bersosial tanpa pernah memerhatikan admin. Admin berpendapat cara meningkatkan skill komunikasi dengan berbekalkan sifat yakin kepada diri sendiri. Admin bukan mahu berlagak tetapi admin mampu melakukan perbentangan tugas dengan baik walaupun admin kurang bersosial. Ini kerana admin telah mengsetkan dalam diri admin sikap yakin diri yang tinggi. Admin berpendapat bahawa “kita hanya mengawal satu jasad ini sahaja, jadi apa salahnya kita buat yang terbaik untuk jasad ini.”

Secara keseluruhannya, admin ingin menyaran kepada pembaca bahawa kita tidak boleh memaksa seseorang itu mengikut cara kita kerana tuan punya badan lebih tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Selain itu, admin mahu menyatakan bahawa bersosial perlulah adalah batasnya kerana ia merupakan jalan “terbaik” untuk diri kita terdedah kepada maksiat. Sekian terima kasih J


Jangan memandang mereka yang "skema" ini seperti mereka yang kurang skill komunikasi. Sedangkan mereka lebih baik daripada mereka yang biasa kerana ilmu pengetahuannya. *Admin bukan skema.... Hahaha

Mereka yang terlebih bersosial ini mempunyai peratusan yang tinggi untuk terlibat dalam masalh sosial.

Amalan merendakan seseorang merupakan satu penyakit yang bahaya.



Tag : ,

Mengapa dakwah masih tidak dapat di sebarkan?

Sejak beberapa hari yang lalu lagi admin ingin menulis artikel ini tetapi tidak berpeluang kerana kesuntukkan masa. Kali ini admin ingin bercerita tentang dakwah. Admin mengakui yang dakwah bukan berada dalam bidang admin tetapi admin mahu berkongsi tetang pengalaman admin. Beberapa hari yang lalu admin pergi ke sebuah taman syurga kerana kebetulan hari itu pihak masjid menganjurkan ceramah. Maka admin bertemu dengan seorang kawan admin yang boleh dikatakan "orang masjid".

Kawan admin pun tegurlah admin dengan ayat sindirnya kerana admin bukan selalu datang ke majlis ilmu. Kebetulan pula pada ketika itu majlis ilmu sangat menarik perhatian anak muda, dimana tajuk perbincangan majlis tersebut adalah "Ijazah Vs Surat Nikah". Maklumlah, admin ini remaja dan biasanya juga kalau para remaja mendengar tajuk ini pun akan tertarik. Okey kita kembali balik kepada kawan admin tadi. Tujuan admin menulis srtikel ini bukan kerana mahu menghina cara beliau tetapi ini sebagai pengajaran kepada pembaca.

Sebagai seorang muslim mereka adalah pendakwah dengan kata lain walaupun teruk mana sekalipun seseorang itu tetapi kalau dia orang Islam dia tetap pendakwah tetapi boleh dikategorikan sebagai pendakwah yang kurang ilmu. Mereka yang kurang ilmu ini kita kenalah tapis sikit mereka punya pendapat. Sebab itulah Islam menyuruh menuntut ilmu daripada orang yang berbeza supaya kita mendapat banyak ilmu.

Sebanarnya admin sangat sedih dengan teguran kawan admin kerana dia langsung tidak memberi semangat atau dorangan kepada admin. Sebelum ini pun pernah terjadi dimana admin memberitahu dia bahawa tahun lepas admin banyak bersolat Zuhur di masjid tetapi tahun ini jadual admin sangat padat. Tetapi dia terus menyindir admin dan membandingkan dirinya dengan admin. Kalau anda yang malalui kaedaan ini mesti anda akan berasa sedih sama seperti admin. Bukan admin tidak mahu pergi tetapi seperti yang admin katakan tadi bahawa jadual admin sangat pada dan admin masih melakukan solat Zuhur walaupun bukan di Masjid.

Setelah admin melihat sikap kawan admin ini, admin berpendapat cara beliau menyampaikan dakwah adalah salah. Cara Nabi Muhammad menyampaikan dakwah adalah dengan penuh pengajaran bukannya sindiran. Admin pernah bertanya tentang, kenapa admin sukar untuk pergi solat Zohur pada tahun ini kepada seorang lagi sahabat admin. Dan dia menjawab "mungkin masih tidak mendapat hidayah daripada Allah". Di sini admin ingin menegaskan bahawa admin bukan mahu menggunakan alasan hidayah untuk melindungi diri tetapi ia adalah satu jawapan yang tepat bagi admin. Malah jawapan ini bukan saja tidak menyakitkan hati orang lain dan ia banyak membantu admin.

Insya-Allah berkat jawapan tersebut admin sudah mula kembali ke masjid untuk melakukan solat Zohur walaupun sibuk. Admin berpendapat cara dakwah yang betul mampu mendorang manusia kepada arah yang lebih baik. Kadang kala, walau tinggi mana ilmu yang di milki tetapi kita tidak menggunakan dengan cara yang betul belum tentu ilmu itu sempurna. Kadang kala juga, cara penyampaian dakwah yang salah bukan hanya menyebabkan ilmu dakwah tidak dapat disampaikan tetapi ia menyebabkan Islam ini semakin jauh di sudut hati mereka yang baru mula mahu berubah.

 Orang yang berilmu tinggi belum tentu mampu menyebarkan dakwah.

Al-Quran merupakan sumber rujukan bagi pendakwah.
Tag : ,

- Copyright © Malaysian Eulogy - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -