Popular Post

November 16, 2014

Hari ini saya ingin berkongsi tentang beberapa faktor yang mendorong kehadiran PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin). Sejak berlakunya kes tanah runtuh di Cameron Highland yang memusnahkan pertempatan penduduk, tiba-tiba keluar isu baru iaitu isu PATI. Sebenarnya is bukan isu yang baru malah ia telah berlarutan lebih daripada 2 dekat yang lepas. Walaubagaimanapun siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ini? Bagi saya terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi fenomena ini iaitu, sikap orang Malaysia sendiri.

Faktor pertama yang mendorong kes ini berlak adalah sikap orang Malaysia itu sendiri. Mengapakah saya berkata sedemikian? Ini kerana, sikap orang Malaysia sendiri yang terlalu memilih dalam kejaya hidupnya. Perpatah Arab ada mengatakan, " Siapa yang berusaha dialah yang berjaya". Sesetengah penduduk Malaysia yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah berasa hina jika dirinya terlibat dalam melakukan pekerjaan seperti buruh binaan, bekerja di setsen minyak dan sektor pembantu rumah. Malah jangan terkejut jika mereka lebih sanggup menjadi penjenayah dari pada terlibat dalam perkerjaan yang sedemikian. Saya berpendapat, jika anda mahukan pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan maka berusahalah mengubah tahap pendidikan kita.

Selain itu, jika kita kaji tentang pekerja asing ini, mereka sanggup menerima pekerjaan yang diaanggap hina ini oleh masyarakat kita kerana mereka percaya lebih baik mempunyai pekerjaan daripada tidak ada. Seperti yang kita tahu kebanyakan pekerja asing yang bekerja di negara kita ini mempunyai latar hidup yang susah. Mereka juga datang daripada negara yang susah seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal. Jadi mereka akan lebih menghargai sesuatu nikmat itu walaupun sedikit.

Sedarlah bangsa Malaysia, negara kita mahu menuju menjadi negara maju tetapi benarkah cara pemikiran kita ini dengan membiarakan bangsa asing membangunkan negara ini? Kita perlu menukar cara pemikiran kita yang sempit ini. Adalah lebih baik kita mencari jalan penyelesaian yang efektif. Saya melihat cara membenteras PATI sebagai "merawat orang sakit" dimana peluang untuk sembuh adalah 50-50. Tetapi jika kita menggunakan cara mencegah kemasukan PATI dilihat lebih berkesan bak kata pepatah Melayu "mencegah lebih baik daripada mengubati". Sekian terima kasih.


Pemikiran bangsa Malaysia perlu diubah jika mahu menjadi bangsa yang berjaya.


Hinakah mereka yang bekerja disektor pembinaan ini?


Berapa banyakah kos yang tanggung oleh kerajaan dalam membenteras isu yang tidak berkesudahan ini?

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Malaysian Eulogy - Date A Live - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -