Archive for December 2013
Apakah perbezaan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia?
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan pendedahan rahsia
kerajaan oleh seorang warga Amerika, Edward Snowden. Dalam pendedahan itu, beliau mendedahkan bahawa
Amerika Syarikat menggunakan kedutaan Australia di negara Indonesia, Malaysia
dan negara-negara pasifik untuk mendapatkan maklumat rahsia kerajaan.
Pendedahan beliau jelas memberi tamparan hebat kepada kerajaan Amerika
Syarikat. Bagi Negara-negara yang terlibat pula, ia jelas merenggangkan
hubuangan diplomatik di antara mereka. Pendedahan ini juga banyak membongkar
tentang semangat patriotik antara negara-negara yang terlibat seperti Indonesia
dan Malaysia. Berdasarkan pemerhatiaan yang saya lakukan terhadap rakyat negara-negara
yang terlibat, ia jelas mempunyai perbezaan yang tertentu.
Pertamanya, saya ini membincangkan tentang perbezaan semangat
patriotik di antara rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia. Semangat patriotik dalam
kalangan rakyat Indonesia memang tidak boleh dinafikan. Situasi ini dapat
diperlihatkan, sekumpulan rakyat Indonesia berhimpun melakukan demonstrasi
dalam mengecam tindakan Australia dalam mengcampuri hal urusan negara mereka.
Situasi ini berbeza pula dengan keadaan di Malaysia, di mana rakyatnya hanya
menganggap hal ini urusan kerajaan dan mereka tidak perlu bimbang megenainya. Jika
ada sekipun hanya kumpulan-kumpulan kecil sahaja. Apakah yang mendorang rakyat
Indonesia bersifat patriotik berbanding rakyat Malaysia? Saya berpendapat
jawapan yang paling tepat adalah latar sejarah negara masing-masing.
Sejarah merupakan faktor yang terpenting dalam menilai sifat
sesebuah bangsa itu. Jika dilihat kembali sejarah kemerdakaan rakyat Indonesia mereka
telah bermandikan darah dalam membebaskan negara mereka dari cengkaman Belanda.
Hal ini jelas mempengaruhi minda rakyat Indonesia bahawa nilai kemerdekaan yang
sebenar adalah pengorbanan nenek moyang mereka. Jika di Malaysia pula, rakyat
Malaysia mendapat kemerdekaan dengan sifat toleransi antara pemimpin tempatan
dan British. Kemerdakaan tanpa pertumpahan darah yang dimiliki oleh Malaysia
ini menyebabkan majoriti rakyat Malaysia tidak mengerti maksud sejarah yang
sebenar. Saya sangat tertarik dengan
pengakuan seorang rakyat Malaysia di dalam Facebook bahawa beliau sangat bangga
menjadi rakyat Malaysia tetapi beliau menulis status berkenaan dalam bahasa
Inggeris. Jadi, saya berfikir dua kali adalah beliau dianggap seorang yang patriotik
sedangkan Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara Malysia. Walau
bagaimanapun, saya tidak kata bahwa kemerdekaan tanpa berperang dianggap tidak
mempunyai kebaikan kerana di sebalik memperoleh kemerdekaan melalui
perbincangan ia dapat membantu menonjolkan bangsa tersebut merupakan bangsa
yang mengcintai keamanan .
Kesimpulannya, perbezaan yang ketara diantara rakyat Indonesia
dan Malaysia adalah sifat patriotik mereka terhadap negara mereka. Saya
berharap rakyat Malaysia dapat mengcontohi amalan mereka kerana yang baik di teladan
yang buruk dijadikan sempadan. Sampai di sini sahaja pandangan saya pada kali
ini, sekian terima kasih.
Demontrasi di Malaysia sepatutnya bukan hanya bersifat politik tetapi patriotik.
Berjayakah bangsa Malaysia tanpa mempunyai sifat patriotik?
Tag :
Umum,
Perlukah kita melonggarkan syarat kebebasan bersuara?

Demonstrasi merupakan salah satu pilihan orang ramai dalam menyatakan hak mereka.
Pada artikel kali ini saya ingin mengutarakan hal kebebasan bersuara. Sejak akhir-akhir ini banyak pihak di seluruh dunia meminta hak kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan menuntut sesuatu yang berlandaskan hak manusia. Kebebasan manusia sememangnya penting untuk menjamin selesaan seorang individu atau kumpulan. Walau bagaimanapun, dunia kini menyaksikan segelintir pihak yang menutut kebebasan yang tidak masuk akal seperti kebebasan hubungan sejenis serta kebebasan yang menganggu ketenteraman majoriti pihak.
Pertama sekali saya ingin menyatakan pendapat saya tentang
kebebasan melakukan hubungan sejenis. Mereka yang menuntut kebenasan sedemikian
di lihat sebagai golongan yang terdesak untuk menzahirkan nafsu songsang mereka
di khalayak masyarat. Mereka sebenarnya mahukan perbuatan mereka serta kumpulan
mereka diiktiraf oleh masyakat. Mereka menyatakan kononya mereka ditindas tanpa
mendapat hak yang selayaknyanya. Tetapi mereka lupa akan hak Allah terhadap
diri mereka. Jika kita mengimbas kembali sejarah kehidupan manusia pada zaman
Nabi Luth, perbuatan songsang inilah yang menyebabkan mereka dibinasakan oleh
tuhan.
Kebebasan bersuara juga menarik perhatian saya untuk memberi
satu contoh. Apakah pandangan anda jika terdapat seorang pembunuh yang membunuh
mangsanya mneyatakan dia mempunyai kebebasan untuk membunuh sesiapa sahaja yang
dikehendaki olehnya? Sudah tentu kita akan berkeras membantah haknya kerana ia
dilihat tidak relevan kerana mangsanya juga berhak untuk hidup dengan aman.
Situasi ini jelas menunjukkan bahwa setiap hak kebebasan bersuara menpunyai
had. Contoh lain yang dapat dilihat ialah Hak tuhan terhadap hambanya. Apakah
hak anda untuk tidak menghormati atau menuruti perintah tuhan sedangkan Dialah
yang mengcipta kita. Telah tertulis di dalam kitab Al-Quran bahwa perbuatan
seperti hubungan songsang di tegah oleh Allah, jadi sebagai hambanya kita
mestilah menuruti perintahnya kerana Dia mempunyai hak terhadap diri kita. Sekali
lagi ia jelas menunjukkan kebebasan menuntut melakukan hubungan sejenis untuk
diberi hak adalah tidak releven sama sekali.
Secara keseluruhannya, manusia sememangnya mempunyai hak
untuk melakukan apa-apa sahaja tetapi mereka mempunyai had tertentu sepaya
tidak menganggu hak orang lain disamping hak tuhan terhadap mereka. Oleh hal
yang sedemikian saya berharap kerajaan Malaysia akan berhati-hati dengan golongan
pendesak ini kerana mereka boleh diklasifikasikan sebagai penyakit masyarakat. Cuba
anda bayangkan jika hak bebasan bersuara tidak di kawal, sudah tentu rosak
nasab keturunan anak cucu adam. Sampai di sini sahaja pendapat saya pada kali
ini. Sekian terima kasih.
Benarkah mereka mempunyai hak seperti pasangan yang normal?
Tag :
Umum,
Mengapakah 'Bunk Not Dead' kurang mendapat sambutan?
Pada kali ini admin ingin berkongsi pendapat tentang indie
band yang terkenal di Malaysia iaitu Bunkface. Bunkface yang dianggotai oleh
tiga orang anak muda iaitu Sam, Youk dan Paan. Mereka terkenal dengan lagu ‘Situasi’
dan ‘Revolusi’. Walaubagaimanapun, populariti band ini semakin berkurang
selepas mereka menghasilkan album yang ketiga mereka, Bunk Not Dead.
Persoalannya, mengapakah perkara ini berlaku? Pada pendapat saya terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan album ketiga mereka kurang mendapat sambutan.
Antara punca album ketiga mereka kurang mendapat sambutan
adalah kerana mereka mengetengahkan muzik yang lebih keras berbanding album
mereka sebelum ini. Kebanyakan lagu mereka seperti ‘Bunk Not Dead’,’Panik’, ‘Mr.
DJ Took It Away’ menerapkan genre music yang lebih keras berbanding lagu-lagu
mereka sebelum ini. Admin yakin, bunkface cuba mencari kelainan dalam
menghasilkan album terbaru mereka tetapi mereka mesti ingat bahawa peminat di
Malaysia berbeza dengan peminat muzik di negara-negara barat dimana mereka
lebih terbuka.
Selain itu, kegagalan mereka dalam mempromosi lagu mereka
sebelum mengasilkan album terbaru mereka dilihat sebagai faktor album ketiga
mereka kurang mendapat sambutan. Mereka hanya mempromosikan lagu ‘Panik’
sebagai salah satu lagu dalam album mereka. Ditambah dengan kontroversi lagu ‘Panik’
dengan liriknya. Jika diimbas kembali semasa mereka menghasilkan album ‘Phobia
Phoney’ mereka telah mempromosi banyak lagu sebelum menghasilkan sebuah album.
Lagu seperti ‘Prom Queen’, ‘Situasi’,’Revolusi’ dan ’Extravaganza’ merupakan
antara lagu yang dipromosikan oleh mereka sebelum mereka menghasilkan album ‘Phobia
Phoney’.
Punca terakhir kegagalan mereka adalah pencampuran unsur
politik dalam menghasilkan karya seni. Memang tidak dapat dinafikan seni itu
bersifat universal tetapi mestilah mengikut kehendak peminat. Lihat sahaja
kontoversi lagu ‘Panik’ ia sudah cukup membuatkan lagu mereka tidak di siarkan
di siaran radio serta tv kerajaan. Admin berpendapat mereka mahu meniru gaya
Green Day yang Berjaya menghasilkan album American Idiot. Album American Idiot
menerapkan unsur politik yang terdapat di Amerika. Keseronokan mereka
menghasilkan album ini tanpa mereka terlupa bahwa rakyat Malaysia masih belum
sedia seperti rakyat di Negara Amerika yang lebih terbuka.
Kesimpulannya. Bunkface harus lebih berhati-hati sebelum
mereka menghasilkan album kerana kos penghasilan Album bukannya seringit dua
walaupun admin tahu bahwa mereka berhak melaburkan duit mereka untuk
menghasilkan apa-apa album. Admin berharap juga Bunkface akan menghasilkan lagu
yang lebih berkualiti di masa hadapan kerana Admin juga merupakan peminat
Bunkface. Sekian terima kasih.
Kehebatan Album American Idiot memang tidak dapat dipertikaikan walaupun terdapat unsur yang kurang menyenangkan.
Dimanakah kelemahan Album Bunk Not Dead ini?
Relevenkah penguaan Helikopter Nuri pada abad ini?
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TeknologiNurisudahketinggalan/Article/
Artikel diatas betul-betul menarik perhatian admin untuk memberi pendapat mengenainya. Seperti yang kita ketahui bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memang popular dengan penggunaan helikopter Nuri. Walaubagaimanapun saya beranggapan helikopter Nuri telah ketinggalan zaman. Berdasarkan kajian saya tentang helikopter Nuri ini, ia telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1961. Tahun 1961 merupakan satu tempoh yang sangat lama jika dikira dengan jari.
Pada hemat saya, helikopter ini sudah usang atau lebih tepat lagi ketinggalan zaman. Helikopter ini lebih baik dimuziumkan untuk di buat kenangang. Kementerian Pertahanan perlu menganalisis keupayaan jentera ini untuk terus digunakan. Adakah ATM mahu menggunakan helikopter yang usang ini untuk mempertahankan tanah air yang tercinta ini. Saya bercadang kerajaan menimbangkan pendapat saya agar meningkatkan bajet tahunan untuk keselamatan negara. Tahukah anda Malaysia antara negara yang mempunyai kadar perbelanjaan ketenteraan yang rendah? Adalah tidak releven untuk kerajaan Malaysia mengambil ringan tentang keselamatan negara walaupun negara kita aman.
Intihannya, kerajaan Malaysia harus membuka mata mereka untuk melihat kebolehan helikopter ini untuk terus berjuang. Malaysia disarankan membeli helikopter tempur yang lebih canggih seperti Kamaloy Ka, Kazan Ansat buatan Russia atau Apache,Sikorsky UH-60 Black Hawk yang lebih berteknologi terkini. Admin bukan mahu merendah-rendahkan martabat ATM tetapi mahu menbantu ATM untuk menjadi tetera yang dihormati dan disegani di dunia.
Sekian terima kasih.
Artikel diatas betul-betul menarik perhatian admin untuk memberi pendapat mengenainya. Seperti yang kita ketahui bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memang popular dengan penggunaan helikopter Nuri. Walaubagaimanapun saya beranggapan helikopter Nuri telah ketinggalan zaman. Berdasarkan kajian saya tentang helikopter Nuri ini, ia telah dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1961. Tahun 1961 merupakan satu tempoh yang sangat lama jika dikira dengan jari.
Pada hemat saya, helikopter ini sudah usang atau lebih tepat lagi ketinggalan zaman. Helikopter ini lebih baik dimuziumkan untuk di buat kenangang. Kementerian Pertahanan perlu menganalisis keupayaan jentera ini untuk terus digunakan. Adakah ATM mahu menggunakan helikopter yang usang ini untuk mempertahankan tanah air yang tercinta ini. Saya bercadang kerajaan menimbangkan pendapat saya agar meningkatkan bajet tahunan untuk keselamatan negara. Tahukah anda Malaysia antara negara yang mempunyai kadar perbelanjaan ketenteraan yang rendah? Adalah tidak releven untuk kerajaan Malaysia mengambil ringan tentang keselamatan negara walaupun negara kita aman.
Intihannya, kerajaan Malaysia harus membuka mata mereka untuk melihat kebolehan helikopter ini untuk terus berjuang. Malaysia disarankan membeli helikopter tempur yang lebih canggih seperti Kamaloy Ka, Kazan Ansat buatan Russia atau Apache,Sikorsky UH-60 Black Hawk yang lebih berteknologi terkini. Admin bukan mahu merendah-rendahkan martabat ATM tetapi mahu menbantu ATM untuk menjadi tetera yang dihormati dan disegani di dunia.
Sekian terima kasih.
Tag :
Umum,








